Sunday, May 19, 2019

PROGRAM 'MUNJUNG' LEMANG DAN RENDANG MENJELANG AIDIL FITRI

Bagi memeriahkan Aidilfitri tahun ini, Persatuan Penduduk Kg. Perepat (PPKP) menganjurkan Program munjung lemang dan rendang yang akan diadakan pada 1 dan 2 Jun 2019 (Sabtu dan Ahad). Munjung adalah budaya tradisi Melayu khususnya ethnik Jawa, Banjar, Bugis dan lain-lain untuk menyantuni orang-orang tua menjelang Aidilfitri. PPKP giat ingin menyemarakkan budaya ini agar tidak pupus ditelan zaman.

Kepada pihak-pihak yang ingin memberi sumbangan atau ingin ikut serta program ini, sila berhubung dengan Setiausaha PPKP En. Azhari Aziz 011-27698455.





Saturday, May 18, 2019

Sekali Imbas PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG PEREPAT (PPKP)

Persatuan Penduduk Kampung Perepat atau singkatannya PPKP adalah sebuah badan bukan kerajaan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan tertakluk di bawah peraturan peraturan pertubuhan 1984.




Pemasangan lampu pelita Aidilfitri bermula di Jalan Masjid, Kg. Perepat (PPKP)

Anggota2 Persatuan Penduduk Kg. Perepat pada malam ini memulakan pemasangan lampu pelita raya bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri tidak lama lagi. Setakat modal kewangan yang ada, pemasangan hanya setakat sepanjang Jalan Masjid. Sekiranya ada pihak2 yang ingin memberi tajaan, pemasangan lampu pelita akan diperluaskan ke seluruh kampung.






























Thursday, May 16, 2019

Program Pasang Pelita Kg. Perepat (Cari Kayu)

Assalamualaikum,

Anggota PPKP bergotong royong mencari kayu tiang pelita 7 lekor untuk memeriahkan Aidilfitri yang bakal tiba.